Pages

Thursday, May 13, 2010

~cAtatAN uNtUk hAri iNi...

Hari ini aku bangun pagi...
Sangat pagi...sangat2 pagi..
Aku terjaga... aku menangis...menangis...menangis...
Tidak aku sedar bila aku tertidur balik.. Aku harap aku tak bangun lagi.
Aku terjaga lagi. Kali pertama aku terjaga kerana seekor lalat. Aku terasa keanehan di sebalik lalat tersebut.

Kebiasaannya aku akan berjumpa ayah ku kemudian kucingku sebaik saja aku bangun.
Tidak pada hari ini... aku jumpa ayahku selepas aku mandi dan sarapan. Dan kucingku? masih tak jumpa2 sampai sekarang. Di manakah dia??

Aku tiada mood langsung untuk hari ini. Kata orang :
Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Tetapi tidak untuk kali ini. Tapi nak buat macam mana. Tiba-tiba aku teringatkan shout out kawan aku ni :
Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!
Betul jugak laaa kan... Jangan biarkan seseorang itu kita angkat segalanya bagi kita. Bila dia telah pergi, kita tidak akan ada apa-apa lagi. Aku masak,mandi,makan,tengok tb,tengok match badminton...suma teringat quotes tu.. sampai la sekarang. Tak tahulah adakah ia akan berusia panjang dalam benak aku ni... sampai bila??

Aku masak Bubur Nasi ikut selera aku hari ini. Saat aku nak mulakan sesi ambil gambar2 hari ini, aku terpikir.. bubur nasi,suma orang tau buat la... so, xnak post entry pasai makanan lah hari ini.

NAMUN...
Hari ini gembira sangat...
sangat2 gembira
sebab pertama kali aku dapat melawan perasaan aku.
Padan muka perasaan aku 2..
wahahahaha!

Aku minat jugak satu lagu oleh wani ardy (si gadis) ni lirik dya.. moga2 hayati.

Si Gadis
Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal

Melodi: Ana Raffali




Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan
Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas


Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup


Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama


Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri


Si gadis soal "bagaimana lagi?"
Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia
Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu


Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia
Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah


Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis.


p/s:      dengar la lagu nie...kat bawah nie... dan hayati tau..kepada insan yang bernama gadis, jangan mengalah!


0 berani mati:

Post a Comment