Pages

Thursday, November 25, 2010

KESIHATAN MENTAL



Oke..skunk nie..mental wa x sihat.. he3..xlah.. mood : baru balik klinik..teman mak nk wt medical check-up. Then, smbil tunggu mak wa…wa pegi jengah2 tempat letak pamphlet..tngok sapa pon x p tempat tu an..wa pon da bosan nengok2 owg lalu lalang…wa nengok nurse yg jga kaunter tu..pastu dya plak nengok wa…hu3 amenda dya nie?? Minat ka?? Hu3. Then, aku cilok bukan 3/4 tp 5/6 pamplet kat situ…hek3..
Oke,,kita mulakan ngan kesihatan mental (cm skema jek).. oke!
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental, tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat :
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkah laku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
CIRI-CIRI KESIHATAN MENTAL YANG POSITIF
TERHADAP DIRI SENDIRI
  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri
  • Berupaya mengawal perasaan
  • Sanggup menerima kegagalan
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral
  • Menghargai diri sendiri.

TERHADAP ORANG LAIN
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain
  • Mampu memberi dan menerima kasih saying
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

TERHADAP CABARAN
  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 LANGKAH KE ARAH KESIHATAN MENTAL YANG POSITIF
  1. Menerima kenyataan diri secara realistik
  2. Mengendali masa dengan baik
  3. Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak
  4. Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  5. Menjaga kesihatan fizikal
  6. Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah
  7. Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  8. Mengendalikan tekanan mental yang secara berkesan.
  9. Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  10. Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan professional sekiranya perlu.
AKIBAT KESIHATAN MENTAL YANG DIABAIKAN, SESEORANG ITU MUNGKIN MENGALAMI…
  • Perasaan rendah diri
  • Tekanan dalam hidup
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral ( minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang mahram dan penzinaan )
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah ( penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)… buli sekolah??
  • Peningkatan risiko penyakit mental

Cetusan : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Lepas w abaca ni semua.. wa rasa mcm wa ada masalah mental lah..huk3! naseb beik tuhan takdirkan wa pegi itot mak wa pegi klinik..at least wa tau something pasai diri wa an…hehehhe.. orang kata! Biar mencegah daripada merawat..tapi wa rasa wa ngah ada di tengah2..atleast blom parah kan..hu3..

2 berani mati:

Unknown said...

bleh la jadi pakar mental pasni, ho3~

JajaA said...

hohoho.. aku da betukar mnjadi psikologist plak..he3

Post a Comment