Pages

Friday, August 27, 2010

Buta Geografi tol aa hang ney ateyn!!!

Buta Geografi tol aa hang ney ateyn!!! from blog Leblysaphire..hu3

credit to me..sbb aku gelak kan ateyn yang xtau GEORGETOWN tu kat penang...aku stay penang la,teyn..hu3

Pastu straight ateyn wat entry baru kat blog dya..hu3..

he3 :)

~nUFfiE,~nUFfiE,~nUFfiE~

hehehe...sapa masuk blog aku jawib tekan kat nuffie aku tu sebab ...

Sebab apa???
  • aku xdapat biasiswa ag nie..dah 2 bulan dah..nasib makan dapat.kalu x???? tinggal ribs n skull dah aku...hu3
  • Then, sebab aku taste n high demand...hehehe
  • Then, aku dah 3 bulan x bayar duit moto aku..dah dapat surat n tunngu tyme nk kena tarik ja weii...
Desperate dowh...hu3!!

~Lady gaga AGAIN!!!!!

hehehe..baru semalam aku punya entry pasai Lady Gaga yg Illuminatist tue...
tapi hari nie..
blog aku akan di gegarkan lagi dengan entry Lady Gaga..

Actually aku minat dya..
walaupon dya nie mangsa fashion terlebeyh..

Alkisah..
Masa aku dok on9..di depan aku..ateyn...(Leblysaphire)
napa ntah...cm dirasuk2 aku tengok dya gelak..
hape ke jadah nya dya nie bulan2 posa nie..
aku pon p join dya nengok apa menda kat fb dya tuh..

HAHAHAHAHHAA!! smart dowh...
saksikanlah....(versi iwan dangdut)



Kelakar kan?? dengan discription dya...

'Bayangkan adik beradik korang yang mcm di atas ni,cm na la ekh?? heheheh'

Thursday, August 26, 2010

Maksud Lagu Alejandro-Lady Gaga

Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.
"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..



But I just can't be with you like this anymore, Alejandro.
 Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.


"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro
 (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.




Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..



I'm not your babe I'm not your babe, Fernando
. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)


Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;)

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

p/s: Pening pala aku tulis entry untuk kali ini. Risau gak sebab hal keagamaan n tanda2 salib (hal keimanan)

Wednesday, August 25, 2010

~LovE aVrIL LaVignE.


aku minat Avril sejak aku skola rendah ag...
semua lagu dya aku ada..
semua album dya aku ada gak..
urmmm...
yg latest lagu dya adalah..
Lagu OST Alice in Wonderland...






this is the best of karaoke video on you tube.. :)

ada bnyak gambar dya dlm external aku...jajaAemot2,..hu3..

love Avril!!!

Monday, August 23, 2010

Nk sangat kuar ngn Ucukkk...

21st of August 2010...nak sangat kuar ngn Ucuk ntuk bukak posa...tapi Ucuk xnak...jerit2,xnak kuar Sabtu tu..nk kuar Ahad katanya...



Mula2..kuar ke jj..tyme pusing2 jj tu, Ucukk comes out dengan idea nk makan nasik kandaq Penang plak..sbb dh selalu sgat search dlm tenat pasal nasik kandaq dekat area2 tempat kitorang niyh… so,kami cari Nasi Kandar Pelita..tapi yg jumpa,Nasi Kandar Subaidah..hu3…


Ucukk yg uncit makan paling banyak.. (ucukk tamak) ..Antara yg kami makan adalah…:

ni minuman kami...2 air tu ucuk yg punya..jaja satu jer.


 Roti canai ni ucukk yg order.


buah2an ni Subaidah bg free...


Ni la..juadah aku..yg lain Ucukk punya.
nasi separuh,telur sotong and sayur bendi..

ha...tom yam...aku punya!

ni kemuncak..Ucukk makan banyak!!

ni la ucukkk... :) 1st tyme publish my ucukkk's pic..

pic aku gak yg x dak..n fries..(Ucukk punya gak) hehehe...

 Thanx to my Ucukkk...you make me smile n happy!!! Hehehehe

Friday, August 20, 2010

~Bulan POseeee!

Apa yg korang memang absolutely x bleyh lupa bila menjelma nya bulan puasa???
k..sini aku nk list kan apa yg aku x leyh lupa..


~~kecik2 dulu...malas mandi.. tapi bila tyme posa ja..rajin gila mandi..bukan mandi sebarang mandi..tapi    sekali tadah air masuk mulut daa... hu3..


~~kecik2 dlu...selalu mak aku suh p antaq kueh2 kat umah jiran sebelah...umah tok,makcik,tokngah...tapi kalu kueh 10 ketul,sampai umah diorang tinggal 5 jek..sebab,,aku bedai dalam perjalanan tuh..hu3..nasib la..kalu bihun goreng kerw,x la nmpak sangat..hi3


~~kecik2 dlu,jiran aku suka jemur kacang2,rempah2 kat luar umah... ada sekali tu,aku p curik kacang..baik punya kebas,makan2...punya la pahit..sebab kacang tu,mentah..x masak lagi..nyesal x sudah..


~~kecik2 dlu,adik aku x posa g tyme tuh..sebab dya tecik ag..dya minum susu botol..aku ajak dya mein dlm bilik...pastu aku suh dya bg susu tu kat aku..hehehehe..
"tapi tu masa kecik2 la...skung aku dah x buat...he3..nakal2 cm tu jer..x la nakal sngat pon... Sekarang nie..lain plak situasi dya...antaranya adalah...
~~~Kuar merempit ngn kawan2 aku, p bazaar Ramadhan la kononnya,..sebenaqnya bowing dok dlm estate ni..he3


~~~pastu, mein game..surfing...hu3 (yg x tahan tuh,mein game 'Cooking Academy' ..masak2...n surf internet pasai makanan2 yg sedap2..goda iman!!.)


~~~Baik sikit...smyg terawih...dulu liat..liat gak bngun sahur..tp skrg,steady jerk..hu3...makan memang steady ..kih3..


~~~orang sebelah aku lg beik..dok dengaq lagu nasyid ja...iye2 je...tyme x posa,semua variasi lagu dya dengaq,,,hu3..



Monday, August 16, 2010

~tiket balik raya!

Semalam ada  org tolong belikan tiket raya aku... balik penang, RM 34 ... cuti 6 hb... so, bleyh balik 3hb petang dan ke atas... Tapi, nk di jadikan cerita, tiket aku sold out... so, nk wat cm na???

Ada pon, pkul 12.30 tgh. so,aku kena skip the class... then, bagi tau cik jo... tiket aku yang begitu rupa... cik jo pon mengisytiharkan kelas jumaat (3hb) tu... xda...hehehe... Trima kasih cik jo...

aku akan balik....tanpa biasiswa..
kering...
kontang...
tiba2 rasa mcm nk gastrik...
bulan2 posa nie...

nk pinjam duit..
tp x tau nk pinjam sapa...
sediyh nyerw...
xpenah aku rasa mcm nie..
huhuhuhu

sapa2 yg rasa mcm 'ter'banyak duit tuh...
meh le hulur2 skit...
hu3...
k ar..
xnak cita lebeyh2..
jatuh standard aku...
he3..

bulan2 posa nie...
ini lah di namakan dugaan..
kita semua manusia sama...
punya masalah..
punya qana untuk diselesaikan..
tapi,...
yang membezakan kita adalah...
tahap kesabaran...
dan akal untuk menyelesaikan masalah kita tu...

so,
aku pesan...

pada diri..
dan semua owg...

hari ini kau mungkin kaya..
tapi esok kau kedana...

hari ini kau mungkin terkemuka...
tapi esok kau bukan sapa2...

banyak kan doa..dan mintak pertolongan...
semoga ini suma akan berakhir dengan baik...
~daa...

Tuesday, August 3, 2010

~cOming bAck..

Alhamdulillah,aku masih dapan berada di depan laptop aku setelah pelbagai jua keadaan yg aku dh hadapi untuk mengimarahkan blog aku niyh...he3...

Apa yg berlaku??? biarkan berlaku... usah dikenang barang yg lepas...
skunk..cuma nk update kan menda2 baru....

Skunk dah sem 5...sem akhir di klas.. sem depan nk praktikal dh... so.. lakukan huhaaahuhaaa yg terakhir..he3.

Skunk first tyme in the university life aku jd senior.. rasa cm 'kambing' jer.. kambing??? teeetttt... hehehe.
ni suma sbb kes aku nk rak kasut sebab kasut aku belambak padahal aku ada 2 kaki ja..cm owg lain... SHOPPERHOLICKS! hehehe

yg paling penting.. aku dah pas lesen keta... n dapat memandu keta.. cuma x diberi pelunag memandu.. kalau lah aku ada sebijik keta...kan best...!! hu3..

Yg paling x best plak adalah....
Management kat tempat aku.. cm $%##*... bg pendapat aku..aku x suka jenis2 org cm yg di bawah nie..
  • kira nk keja senang ja, smpai menyusahkan org lain...
  • wat keja lambat.. biasiswa x masuk2 lagi.. kalu aku telepas pc fair 8.8.2010 nie.. memang larrr..
  • Wat peraturan sendiri..pastu x inform.. tiba2 kena hingaq...pagi2 p kelas dah kena hingaq... apa kejadahnya??
  • sejujurnya, aku jarang ada kat apartment.. aku ska p merempit..p kuaq mana2 la,,shopping2 n makan2.. tapi sejak scholar diorang lambatkan nie.. rasa mcm nk mati ja dlm apartment.. nk mintak mak, dah sampai malu dah nk mintak..hu2...
Moral of the story... kesabaran tu penting! dan .. jgn buat kesabaran tu jd alasan kenapa kita di pijak2.. sometimes, kita kena bangun dan bersuara... orang yg ada kuasa tu pon cm kita gak...bukan sapa2 pon...
Jangan biar orang perkotak katikkan diri kita...

Orang selalu takut, kita akan di asingkan dan di deskriminasi...
bila kita mula bersuara dan menunjukkan rasa..
Tapi tak sedarkah kita,
Bila mulanya kita bersuara itu,
orang 2 tersebut sudah mula tukar persepsi terhadap kita...
Tentang berapa berani nya kita..
dan berapa berani kah dya menyuarakan rasa...
menyuakan diri untuk kemahuan diri...

Kita jangan hanya tahu bercakap di belakang...
dan meluahkan rasa dekat blog..he3..

however...
sem ni, akan aku pastikan aku dapat dekan lagi...

*sem 4 aku dekan..syukur...(Alhamdulillah)... jelas kebanggaan dan kegembiraan terpancar di muka mak ayah aku...dah cukup...hu3...